HEADLINES

‘Kecewa, amat kecewa’: Najib luah perasaan terhadap keputusan Lembaga Pengampunan

Nooryana berkongsi pertemuan dengan Najib di penjara. "Hasrat daddy yang tidak kesampaian," katanya

11:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Kecewa, amat kecewa’.

Demikian luahan perasaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikongsi anak perempuannya, Nooryana Najwa menerusi hantaran di Instagram terhadap keputusan Lembaga Pengampunan baru-baru ini.

Malah menurut Nooryana, bapanya itu yang ditemui di penjara dalam lawatan semalam berkata: “Yana tahu tak perasaan yang paling teruk adalah apabila kamu rasa terkejut dan tiada sesiapa di sekeliling untuk bercakap. Rasa hilang kerana kamu bersendirian.”

“Yana baru sahaja balik daripada melawat DSN (Najib). Yana lihat daddy pegang sekeping kertas di tangan, Yana tanya apa itu? Rupa-rupanya kertas yang digenggamnya itu keputusan Lembaga Pengampunan.

“Apabila dia menerima berita bahawa pengampunan penuh tidak diberikan dan kemungkinan akan dikurang selama empat ke lima tahun lagi. Yana lihat matanya agak letih, mungkin daddy tak cukup tidur, merenung keputusan yang diumumkan itu,” katanya.

Nooryana berkata, lima hari bapanya menunggu keputusan dengan penuh harapan dan mereka yang berada di keliling Najib memberikan kata-kata semangat.

“Sehingga pagi Isnin (29 Januari), pada hari mesyuarat Lembaga Pengampunan, sebelum daddy ke mahkamah, pengawal penjara fikir ini kali terakhir mereka akan jumpa dengan DSN, mendoakan yang terbaik untuknya.

“DSN juga beritahu mereka yang beliau jumpa, akan keinginannya, hasratnya menziarahi kubur ayahanda dan bondanya setelah diberikan kebebasan. Tidak kesampaian,” katanya.

Tambahnya, ramai yang mungkin tidak tahu bahawa alasan utama petisyen pengampunan Najib untuk kes SRC International Sdn. Bhd. (SRC) adalah dia tidak diberikan pembelaan sewajarnya.

Pada 2 Februari lalu, Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

Oleh yang demikian, Lembaga Pengampunan bersetuju untuk Najib dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Menurut Urusetia Lembaga Pengampunan, jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Dalam pada itu, Umno akan meneruskan usaha-usaha untuk mendapatkan pembelaan terhadap Najib sesuai dengan laras undang-undang negara.

Umno memaklumkan ia berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung Umno lalu yang mahukan usaha pembelaan terhadap Najib, yang juga bekas Perdana Menteri diteruskan.

Umno, katanya, ingin menegaskan bahawa pembelaan terhadap Najib dibuat kerana merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Prasarana cyberattack: hackers release 300GB of private files online after countdown ends

RansomHub published documents after public transportation company missed one-week deadline to pay unknown ransom amount

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Related