◉ HEADLINES

Enggan berhenti selepas 40 minit dikejar, polis tembak kenderaan milik pengedar dadah

Hasil pemeriksaan, polis menjumpai bungkusan plastik berisi 162 pil disyaki dadah jenis syabu dan sebilah parang panjang bersarung hitam

9:34 PM MYT

 

KUALA KRAI – Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah trak pikap dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah selepas tidak mengendahkan arahan berhenti untuk pemeriksaan di Laloh, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 9.35 malam itu, suspek berusia 45 tahun yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar oleh anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, polis mengekori kereta itu dari kawasan Batu Jong sehingga ke simpang empat Laloh, di sini, yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, anggota MPV cuba menahan kenderaan itu namun tidak diendahkan dan bertindak meneruskan perjalanan.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu, polis menjumpai satu bungkusan plastik berisi 162 pil disyaki dadah jenis syabu dan sebilah parang panjang bersarung hitam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah. – 2 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related