HEADLINES

Aziz Harun teringin punya lagu sendiri, Aisha Retno beri penghormatan rentak joget

Aziz dan Aisha memberitahu lagu Ketipak Ketipung Raya dicetuskan secara spontan sewaktu mereka berkolaborasi menghasilkan lagu Jarak

11:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi kelahiran Brunei yang mencipta nama dalam indusri muzik Malaysia, Aziz Harun mengakui, dia dan Aisha Retno telah menghasilkan lagu raya, Ketipak Ketipung Raya secara spontan sewaktu berkolaborasi dengan lagu Jarak pada tahun lalu.

Kata Aziz kepada Scoop, projek lagu raya yang dihasilkan secara spontan dan tidak dijangka dengan bantuan dua penerbit iaitu Romeo dan Glowrush itu tercetus apabila dia teringin sekali mempunyai lagu raya sendiri.

“Ia sebuah lagu yang lahir secara spontan pada tahun lalu. Pada saat itu saya teringin mempunyai sebuah lagu raya saya sendiri kerana tidak mahu ketinggalan. Dan saya ingin menjadikannya kandungan di platform media sosial TikTok.

“Kebetulan pada waktu itu saya sedang bekerjasama dengan Aisha Retno untuk lagu Jarak, jadi saya bertanya pada Aisha jika dia sudi bantu menulis lagu ini bersama. Aisha bersetuju dan kami pun menyiapkan apa yang sempat dan memperkenalkannya di media sosial.
 
“Kami tak menyangka lagu itu mendapat sambutan yang baik daripada pengikut kami di media sosial, khasnya di laman TikTok. Lantas kami mengambil keputusan untuk merakamkan dan menyiapkannya dengan betul supaya dapat dilancarkan tahun ini sebelum Aidilfitri,” jelas Aziz yang mengakui cukup selesa dan serasi berkolaborasi dengan Aisha.

Sementara itu, Aisha berkata, lagu Ketipak Ketipung Raya mengetengahkan mesej mengenai persiapan dan kemeriahan menyambut Aidilfitri.

“Ia menggambarkan kekecohan persiapan di pagi raya sambil bertanyakan hal-hal biasa seperti sudahkah baju raya dibeli, sama ada juadah hari raya sudah siap dan sebagainya.

“Pendek kata, ia memaparkan tema-tema umum yang sering ditampilkan dalam banyak lagu raya yang lain. Ia juga mencerminkan keseronokan suasana berhari raya tanpa mengira status dan generasi. Dari situ jugalah saya memasukkan unsur tradisional lagu ini, iaitu rentak joget untuk menjadikannya lebih rancak dan menarik.

“Saya sengaja menampilkan unsur joget dalam lagu ini dan memberi sedikit nafas baharu supaya ia lebih diminati dan dihargai, khasnya di laman media sosial seperti TikTok, ia juga sebagai satu penghormatan kepada rentak joget,” katanya.

Menurut Aisha, lagu Ketipak Ketipung Raya mengetengahkan mesej mengenai persiapan dan kemeriahan menyambut Aidilfitri. – Gambar PR, 1 April, 2024

Aisha dan Aziz juga mendedahkan bahawa mereka juga mengambil masa tiga jam setiap seorang untuk menjayakan proses rakaman pada bahagian vokal masing-masing untuk lagu ini.

“Tapi, lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik yang dirakam sekali.

“Tapi saya memang tak sabar melihat reaksi penonton apabila menyaksikan keakraban yang kami tampilkan dalam video muzik ini,” kata Aisha. – 1 April, 2024

Topics

 

Popular

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related