Wanita persoal penggunaan teleskop mahu cukupkan 30 hari Ramadan, ini kata mufti

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, apabila ketetapan permulaan tarikh awal Ramadan atau hari raya sudah diputuskan kerajaan, ia hendaklah dipatuhi rakyat

10:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kaedah untuk menentukan kewujudan hilal atau anak bulan menurut syarak adalah menerusi penglihatan mata orang yang boleh dipercayai agamanya dan kekuatan daya penglihatannya.

Bercakap kepada Scoop, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, apabila ada sekumpulan individu yang dipercayai itu mengakui melihat anak bulan pada petang 30 Hijriah, maka pengakuan atau penyaksian mereka harus diterima pakai dalam menentukan tarikh permulaan puasa atau hari raya.

“Ini berdasarkan kepada hadis masyhur daripada riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, ‘Hendaklah kamu berpuasa dengan melihat hilal dan berbuka (berhari raya) dengan melihatnya’.

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, apabila ada sekumpulan individu yang dipercayai itu mengakui melihat anak bulan pada petang 30 Hijriah, maka pengakuan atau penyaksian mereka harus diterima pakai dalam menentukan tarikh permulaan puasa atau hari raya – Gambar Facebook, 11 April, 2024

“Menurut fatwa Lajnah Da’imah Arab Saudi, adalah harus berpegang kepada penglihatan hilal dan bantuan teleskop untuk penentuan puasa dan hari raya, dengan syarat orang yang mengaku melihatnya adalah seorang yang dipercayai.

“Ini adalah ikhtiar untuk memastikan kewujudan hilal pada zaman kini, ia sama seperti ikhtiar dilakukan umat Islam zaman silam untuk memastikan kewujudan hilal dengan menaiki menara atau tempat tinggi,” katanya.

Jelas Wan Salim, Lajnah Da’imah menafikan dakwaan bahawa ulama Arab Saudi mengharamkan penggunaan peralatan moden untuk melihat hilal dan mewajibkan penentuan tersebut dilakukan menerusi penglihatan mata kasar.

“Bagaimanapun ulama seluruh dunia sepakat bahawa penentuan kewujudan hilal menerusi kiraan falak sahaja tidak memadai.

“Kiraan falak hanyalah digunakan sebagai elemen penyokong sahaja dalam isu ini.

“Sehingga kini kebanyakan negara Islam masih bertegas untuk menentukan permulaan Ramadan dan Aidilfitri berdasarkan penglihatan hilal, sama ada menerusi mata kasar atau dengan bantuan peralatan moden,” katanya.

Bagaimanapun Wan Salim berkata, ulama seluruh dunia sepakat bahawa penentuan kewujudan hilal menerusi kiraan falak sahaja tidak memadai dan hanyalah digunakan sebagai elemen penyokong sahaja dalam isu ini – Alif Omar/Scoop, 11 April, 2024

Terdahulu, seorang wanita melalui statusnya di Facebook, mendakwa mahu mencukupkan puasa 30 hari dan akan menyambut Aidilfitri pada 11 April 2024 (hari ini).

Statusnya yang tertulis ‘Alhamdulillah, kami genapkan 30 hari dengan yakin. PD, Perlis nampak dengan mata teleskop berkuasa tinggi bukan dengan mata kasar manusia’, tular di kebanyakan platform media sosial.

Malah, wanita itu mendakwa umat Nabi Muhammad SAW yang ingkar dan derhaka, bersedialah untuk ‘menjawab di hadapan Allah SWT kelak’.

Wan Salim menambah, apabila ketetapan permulaan tarikh awal Ramadan atau tarikh hari raya sudah diputuskan kerajaan, maka ia hendaklah dipatuhi rakyat.

Sehingga kini kebanyakan negara Islam masih bertegas untuk menentukan permulaan Ramadan dan Aidilfitri berdasarkan penglihatan hilal, sama ada menerusi mata kasar atau dengan bantuan peralatan moden – Alif Omar/Scoop, 11 April, 2024

“Ini sesuai dengan perintah syarak supaya rakyat mematuhi wali amar kecuali jika diperintah untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT.

“Keputusan dalam menentukan tarikh awal Ramadan dan tarikh hari raya bukanlah dalam perkara maksiat, maka rakyat hendaklah mematuhi ketetapan itu,” katanya.

Sementara itu, susulan status wanita terbabit, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan di Facebook memaklumkan umat Islam dilarang berpuasa pada 1 Syawal kerana hukumnya haram.

Hari turut diharamkan berpuasa ialah pada Aidiladha serta hari Tasyriq.

“Diharamkan berpuasa pada Aidilfitri, Aidiladha dan pada hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah),” katanya. -11 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Related