◉ HEADLINES

MCMC buat laporan polis ke atas blogger Australia, Murray Hunter

Laporan polis itu bertujuan membolehkan tindakan selanjutnya diambil ke atas Murray Hunter dan pihak berkaitan

8:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah membuat laporan polis terhadap penulis blog dari Australia, Murray Hunter yang menuduh agensi itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai institusi berlandaskan politik.

Menerusi kenyataannya, MCMC berkata, laporan polis itu bertujuan membolehkan tindakan selanjutnya diambil ke atas Hunter dan pihak berkaitan.

“MCMC merujuk kepada dakwaan penulis blog, Murray Hunter yang menuduh MCMC dan PDRM sebagai institusi berlandaskan politik dalam pentadbiran kerajaan sekarang. MCMC menolak sekeras-kerasnya tohmahan penulis blog ini yang tidak berasas.

“Sebagai badan berkanun, MCMC melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), selain semua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya,” katanya.

Menurut MCMC, segala tindakan penguatkuasaan diambil pihaknya adalah mengikut proses serta prosedur ditetapkan, seperti termaktub dalam bidang kuasanya sebagai pengawal selia industri komunikasi dan multimedia negara.

“Sehubungan itu, penulisan Murray Hunter dilihat berunsur fitnah apabila beliau secara terbuka menuduh MCMC bertindak melangkaui bidang kuasanya untuk kepentingan diri.

“Beliau turut melemparkan tohmahan bahawa MCMC dan PDRM bertindak menakut-nakutkan masyarakat,” katanya.

MCMC berkata, penyebaran kandungan tidak benar termasuk dengan niat mengganggu pihak lain adalah kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998.

Katanya, tindakan memuat naik kandungan memfitnah dan menghina MCMC juga adalah kesalahan.

“Sekiranya Murray Hunter mempunyai sebarang aduan terhadap MCMC, beliau perlu tampil untuk membuat aduan melalui saluran rasmi,” katanya.

Scoop pada 1 Mac lalu melaporkan polis membuka kertas siasatan terhadap Murray yang juga warga Australia berkaitan isu membabitkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu (3R).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Bukit Aman sudah mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan keberadaan blogger berkenaan. Malah notis biru interpol turut dikeluarkan.

Notis Biru Interpol merujuk kepada permintaan untuk menjejaki, mengenal pasti atau mendapatkan maklumat, tentang orang yang menjadi perhatian.

Murray merupakan bekas pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) namun sudah ditamatkan perkhidmatan sejak 14 Ogos, 2015.

Dalam satu kenyataan, UniMap menjarakkan diri daripada Murray dan memaklumkan ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penulis blog berkenaan. – 29 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related