HEADLINES

Rakyat Malaysia di UK diminta jauhkan diri dari kawasan protes

Rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London amat digalakkan untuk melakukannya segera

9:40 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom (UK) dinasihatkan untuk menjauhi kawasan protes, sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar Negeri mengeluarkan notis segera kepada rakyat Malaysia di UK hari ini selepas beberapa siri protes yang sedang berlaku di beberapa kawasan di UK, berikutan insiden tikam di Southport pada 29 Julai.

“Rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London amat digalakkan untuk melakukannya segera bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya,” menurut kenyataan itu. 

Menurut Kementerian Luar Negeri, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 – 46 Belgrave Square, London, UK atau telefon +44 20 3931 6196 atau +44 20 7235 8033 atau e-mel di [email protected].

Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, UK sedang memantau keadaan dengan teliti dan akan berusaha untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang sebarang perkembangan terkini. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Anwar refutes report of Malaysia ceding 5,207 hectares to Indonesia

PM stresses negotiations will proceed harmoniously, denying reports of 5,207 hectares ceded

Section 233 of CMA serves purpose in multiracial society: Federal Court

Activist Heidy Quah also notes ‘higher threshold’ and ‘narrow’ application of law to protect democratic dialogue and truth-seeking

Related