HEADLINES

Perhilitan pasang 2 perangkap umpan ayam tangkap buaya Tasik Seksyen 7

Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, pihaknya mengenal pasti reptilia berkenaan adalah dari spesies tembaga yang dianggarkan sepanjang 1.5 meter

2:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua perangkap berumpankan ayam dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) Selangor bagi menangkap buaya di Tasik Seksyen 7 di Shah Alam.

Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, pihaknya mengenal pasti reptilia berkenaan adalah dari spesies tembaga yang dianggarkan sepanjang 1.5 meter.

“Kita telah kenal pasti laluan aktif buaya ini hasil daripada pemantauan semalam 24 jam. Berdasarkan kajian perilaku buaya ini didapati pergerakan tidak jauh dari tebing tasik kira-kira tiga hingga lima meter.

“Susulan itu, kita pasang perangkap terapung untuk tangkap buaya ini tetapi kejayaan penangkapan bergantung kepada keadaan sekeliling dan sumber makanannya,” katanya hari ini.

MBSA turut menggerakkan aset seperti bot dan unit dron untuk pemantauan secara berkala selain bekerjasama dengan Perhilitan bagi memastikan buaya itu segera ditangkap. – Gambar Halim Salleh, 4 September, 2024

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, MBSA memasang jaring di lima muka pintu longkang bagi memastikan buaya itu tidak keluar dari kawasan tasik.

“Anggota penguat kuasa MBSA telah diarahkan berkawal di tasik ini sejak laporan diterima supaya orang awam tidak mendekati kawasan berhampiran.

“Kita juga menggerakkan aset seperti bot dan unit dron untuk pemantauan secara berkala selain bekerjasama dengan Perhilitan bagi memastikan buaya itu segera ditangkap,” katanya.

Terdahulu MBSA mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam, Seksyen 7 susulan satu hantaran dimuat naik di Facebook berhubung kemunculan seekor buaya di kawasan itu.

Tambahnya, setakat ini dua kes berhubung kehadiran buaya di kesan di kawasan pentadbiran MBSA iaitu yang pertama pada 2019 di Taman Tasik Shah Alam. – 4 September, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related