◉ HEADLINES

Tragis, penunggang motosikal maut, terperosok bawah lori yang bergerak mengundur

Menurut polis, semasa pemandu lori berkenaan memberhentikan lorinya dalam sebuah kawasan tapak pembinaan untuk mengisi minyak brek, tiba-tiba lori itu bergerak secara mengundur

3:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok bawah tayar sebuah lori yang tiba-tiba bergerak dan mengundur sendiri di di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai Dalam menghala ke Jalan Pantau Baru, semalam.

Video kejadian menyayat hati yang berlaku pada 8.34 pagi itu kini tular di media sosial.

Pemandu berkenaan yang berusia 32 tahun bagaimanapun sudah ditahan polis pada sebelah petang di perkarangan Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, semasa pemandu lori berkenaan memberhentikan lorinya dalam sebuah kawasan tapak pembinaan untuk mengisi minyak brek, tiba-tiba lori itu bergerak secara mengundur.

“Lori itu dengan dengan sendirinya melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama sebelum melanggar sebuah motosikal.

“Penunggang motosikal tersebut yang juga warga tempatan, hilang kawalan semasa cuba mengelak lori terbabit, telah terjatuh lalu terperosok ke bawah tayar bahagian belakang sebelah kanan lori, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Zamzuri berkata sebuah kereta yang melalui kawasan itu turut dilanggar lori berkenaan, yang menyebabkan pemandunya mengalami kecederaan pada bahagian dahi.

Difahamkan mangsa adalah bapa kepada tiga cahaya mata. – 24 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related