HEADLINES

Isu kebun durian: Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA dibebaskan dengan jaminan Polis

Ketua Polis Pahang mengesahkan pembebasan dua individu berkenaan yang ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub petang semalam

4:19 PM MYT

 

KUANTAN – Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA) Wilson Chang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini setelah ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan pembebasan dua individu berkenaan yang ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub petang semalam. 

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Terdahulu, Yahaya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di sini memaklumkan sebaik kertas siasatan lengkap pihaknya akan menyerahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. 

Kedua-dua mereka dilaporkan dibebaskan pada 11.30 pagi tadi dan Chang berkata mereka telah memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan berlangsung. 

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan ke atas kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi apabila pekebun didakwa tidak berpuas hati selepas tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang pula menafikan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lepas.

Operasi yang disertai polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijalankan di kawasan kebun yang diteroka tanpa kebenaran dan dijangka berlangsung hingga 3 Mei ini. – 15 April, 2025

Topics

 

Hangat

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Malaysia aims for world-class Harimau Malaya and consistent World Cup by 2040

The government has unveiled an ambitious plan to elevate Malaysia’s national football team to elite Asian standards and set the stage for regular World Cup qualification

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related