◉ HEADLINES

IMF turun unjuran KDNK Malaysia: PM beri kenyataan penuh di Parlimen ‘kita akan teliti dan kaji’

Perdana Menteri berkata, beliau akan memberi kenyataan penuh berhubung perkara itu di Parlimen pada 5 Mei ini

2:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti tindakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak turun unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi tahun 2025, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau akan memberi kenyataan penuh berhubung perkara itu di Parlimen pada 5 Mei ini.

“Itu semakan semula (oleh IMF) di peringkat antarabangsa, untuk dunia, untuk Amerika Syarikat (AS), China dan kebanyakan negara dan ia sedikit menurun.

“Kami (kerajaan), Bank Negara Malaysia dan Perbendaharaan akan meneliti dan mengkajinya semula dan saya akan umumkan,

“Saya akan beri kenyataan penuh di Parlimen pada 5 Mei ini,” katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Semalam, media melaporkan IMF menyemak turun unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia bagi tahun 2025 kepada 4.1 peratus, berbanding 4.7 peratus sebelum ini, selari dengan semakan penurunan unjuran pertumbuhan di seluruh rantau ini.

Laporan Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025 bertajuk ‘Persimpangan Kritikal di Tengah Peralihan Dasar’, IMF turut menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 3.8 peratus pada 2026.

IMF juga menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global 2025 kepada 2.8 peratus, iaitu 0.5 mata peratusan lebih rendah berbanding anggaran Januari lalu.

Dalam kalangan rakan serantau Malaysia, IMF menyemak turun unjuran pertumbuhan Indonesia bagi 2025 kepada 4.7 peratus daripada 5.1 peratus, Filipina kepada 5.5 peratus daripada 6.1 peratus, manakala Thailand dijangka berkembang 1.8 peratus berbanding 2.9 peratus sebelum ini.

Memetik laporan media, Anwar dijangka menyampaikan kenyataan pada Sidang Khas Parlimen yang berlangsung 5 Mei ini, berhubung isu tarif timbal balik AS yang dikenakan ke atas pelbagai negara, termasuk Malaysia. – 24 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related