◉ HEADLINES

‘Himpunan Rakyat Honggaq Kedah’: PH tak terlibat penganjuran turun Sanusi

Timbalan Pengerusi PH Kedah berkata mereka tidak menghalang ahli untuk menyertai acara pada 24 Ogos itu

5:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) Kedah tidak terlibat dengan penganjuran ‘Himpunan Rakyat Honggaq Kedah’, bertujuan mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Sanusi Md Noor meletak jawatan, kata Timbalan Pengerusinya Asmirul Anuar Aris.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menghalang ahlinya menyertai perhimpunan anjuran sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Kerajaan Perpaduan di Wisma Darul Aman, pada 24 Ogos depan itu.

“Pihak PH tidak terlibat dengan himpunan itu walaupun dijemput, tetapi ahli-ahli dan penyokong dalam parti PH tidak dihalang menyertainya, untuk raikan demokrasi.

“Saya dimaklumkan himpunan itu dibuat oleh NGO yang mahu menuntut 10 perkara terhadap kerajaan negeri.

“Difahamkan antara isu yang ingin dikemukakan ialah melibatkan soal usahawan, cukai tanah, pertanian serta isu sukan,” kata pengerusi Amanah Kedah itu, memetik laporan FMT.

Terdahulu, hebahan awal berhubung perhimpunan berkenaan tular melalui platform TikTok yang didakwa anjuran Sekretariat Suara Anak Kedah, selain disebarkan penyokong kerajaan perpaduan.

Sumber berkata, program itu dirancang berlangsung di hadapan Wisma Darul Aman pada jam 2 petang dengan kehadiran beberapa NGO serta orang perseorangan bagi menyerahkan memorandum.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah Adzli Abu Shah ketika mengulas perkembangan berkaitan, berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang makluman rasmi berhubung penganjuran program itu.

Beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial dan belum menerima maklumat lanjut secara rasmi daripada pihak penganjur, katanya. – 1 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related