HEADLINES

‘Itu perkara biasa dalam politik’, kata Altimet berkait penyertaan Zafrul dalam PKR Ampang

Ketua PKR Ampang itu ditanya adakah penyertaan Tengku Zafrul Aziz akan mencetus spekulasi berhubung calon PRU16 nanti

10:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua PKR Ampang Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet menyifatkan spekulasi yang mungkin timbul susulan penyertaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam cabang itu sebagai perkara biasa dalam politik.

Beliau berkata PKR Ampang mengalu-alukan penyertaan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu yang disahkan Setiausaha Agung Datuk Dr Fuziah Salleh.

“Mengenai spekulasi (bakal tercetus), perkara itu biasalah dalam politik.

“Dalam PKR Ampang, ada ahli tidak pegang jawatan dalam parti, tetapi menjadi wakil rakyat dan timbalan speaker DUN Selangor (Mohd Kamri Kamaruddin),” kata Altimet lapor FMT.

Media semalam melaporkan Tengku Zafrul mengesahkan kini menjadi ahli PKR Cabang Ampang.

Beliau mengulas kemungkinan timbul spekulasi, terutama berkaitan calon DUN atau Parlimen pada PRU16 susulan penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR.

Parlimen Ampang kini diwakili Rodziah Ismail, Altimet di DUN Lembah Jaya, manakala Kamri mewakili DUN Bukit Antarabangsa, semuanya dari PKR yang menang atas tiket Pakatan Harapan pada pilihan raya lalu.

Pada Februari lalu, portal FMT memetik sumber sebagai berkata, Tengku Zafrul dijangka bertanding kerusi di Selangor pada PRU16, di mana Ampang menjadi pilihan utama. Turut dipertimbangkan Petaling Jaya dan Pandan.

Media melaporkan pada 30 Mei lalu, beliau mengumumkan peletakan jawatannya dalam Umno dan menyatakan hasrat menyertai PKR. – 9 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

Related