HEADLINES

Mahkamah perintah Saifuddin bayar Sanusi RM670,000

Mahkamah turut menetapkan defendan membuat permohonan maaf yang diterbitkan dalam sebuah akhbar bahasa Melayu dan sebuah akhbar bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari

12:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini memutuskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersalah memfitnah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada 2023.

Keputusan itu dibuat berkaitan dakwaan Sanusi mencuri unsur nadir bumi (REE) dan penyelewengan wang peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Berikutan keputusan itu, Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee memerintahkan Saifuddin membayar ganti rugi am berjumlah RM600,000 serta kos sebanyak RM70,000 kepada Sanusi.

Menurut keputusan hakim, mahkamah membenarkan tuntutan Muhamamd Sanusi selaku plaintif secara khusus ke atas kenyataan REE dan MARRIS yang dikeluarkan Saifuddin selaku defendan.

“Mahkamah mendapati perkataan ‘pencuri’ memberikan impak jenayah ke atas kenyataan itu. Keseluruhan kenyataan itu bermula dengan imej operasi polis yang berterusan untuk menangkap pelaku kecurian REE.

“Mahkamah mendapati kenyataan MARRIS merujuk kepada plaintif. Maksud memfitnah frasa ‘menyalahi semua tata kelola kewangan kerajaan’ dengan jelas mengimputasikan plaintif melakukan salah urus kewangan yang, di mana defendan menguatkan perkara itu dengan memetik Ketua Audit Negara dalam kenyataannya,” katanya, lapor Berita Harian.

Muhammad Sanusi diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud, Yusfarizal Yussof, Mohd Faizi Che Abu dan Nur Iffah Hizwani Omar, manakala defendan diwakili peguam Navpreet Singh, William Leong dan Sakina Siraj.

Mahkamah turut menetapkan defendan membuat permohonan maaf yang diterbitkan dalam sebuah akhbar bahasa Melayu dan sebuah akhbar bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari.

Selain itu, terma permohonan maaf juga perlu dimuat naik di akhbar utama dan perlu mendapat kelulusan daripada Muhammad Sanusi terlebih dahulu.

Mahkamah turut mengekalkan perintah injuksi melarang defendan atau ejennya mengulang kenyataan berkaitan dakwaan mencuri REE dan penyelewengan wang peruntukkan MARRIS.

Pada 3 Ogos 2023, Muhammad Sanusi memfailkan saman terhadap Saifuddin kerana mendakwa Menteri Dalam Negeri itu memfitnahnya mencuri REE di Kedah dan menyeleweng peruntukkan MARRIS. – 24 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Related