HEADLINES

Mahkamah perintah gali semula kubur pelatih Palapes UTM

Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ummu Haiman Bee Daulatgun, ibu kepada Syamsul Haris Shamsudin

10:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin digali semula bagi menjalani bedah siasat kedua dalam tempoh 14 hari.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet, semalam menetapkan hari ini untuk keputusan selepas mendengar hujahan daripada tiga pihak iaitu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebagai responden pertama dan kedua serta ibu Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun selaku pemohon.

Memetik laporan BH, Bhupindar Singh berkata, penetapan tarikh itu dilakukan berikutan mahkamah memerlukan masa untuk meneliti afidavit yang baru diserahkan oleh pihak pemohon.

Hadir pada prosiding semalam Peguam Kanan Persekutuan, Nurul Huda Mohd Salehuddin yang mewakili Ketua Polis Negara; Pengarah Pendakwaan Selangor, Datin Kalmizah Salleh mewakili Peguam Negara dan peguam Datuk Naran Singh mewakili Ummu Haiman Bee.

Ummu Haiman Bee, 45, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah semalam mengharapkan permohonan untuk menggali semula kubur anaknya itu dibenarkan bagi tujuan bedah siasat kali kedua, untuk mengetahui punca sebenar kematian anak lelakinya.

Pada 19 Ogos lalu, Ummu Haiman Bee mengemukakan permohonan itu antaranya bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan serta mencadangkan untuk memulakan prosiding inkues bagi menyiasat kematian anaknya.

Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi di Johor, ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor dan dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu di Selangor.

Terdahulu, media melaporkan Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi, Johor, ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor.

Allahyarham dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu di Selangor.

Susulan itu, ibunya, Ummu Haiman sebelum ini memfailkan usul bagi menggali semula jenazah bagi bedah siasat kedua dan untuk memulakan prosiding inkues bagi menyiasat kematian anaknya. – 26 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related