HEADLINES

Bajet 2026, Anwar menuju ke Parlimen menaiki Proton e.MAS

Bajet 2026 akan menumpukan pada kesejahteraan rakyat, pengukuhan ekonomi dan pembinaan asas negara

4:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dengan berbaju Melayu biru lembut, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Kementerian Kewangan (MOF) pada jam 3.30 petang, menuju ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2026.

Perdana Menteri membawa bersama sebuah beg bewarna hitam mengandungi dokumen penting Bajet 2026, iaitu dokumen yang dinantikan rakyat.

Beg berkenaan difahamkan direka oleh Anthony Liew You Chung, seorang pereka orang kurang upaya (OKU).

Sebelum berangkat ke Parlimen, Anwar menyertai bacaan doa. Turut mengiringi beliau ialah Menteri
Kewangan 11, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Beliau menaiki kereta elektrik Proton e.MAS 7 menuju ke Parlimen.

Berdasarkan laporan media, Anthony berasal dari Kuching, Sarawak dan aktif bersama Heart Treasures iaitu sebuah perusahaan sosial yang menyediakan latihan, terapi dan pekerjaan kepada golongan muda berkeperluan khas.

Anthony yang menghidap autisme dan masalah pendengaran menenun panel beg menggunakan sarung tangan nitril terpakai.

Sementara itu, Dalam taklimat media sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan Bajet 2026 Kerajaan Madani akan menumpukan pada kesejahteraan rakyat, pengukuhan ekonomi, dan pembinaan asas negara yang mampan dan inklusif.

Mengikut takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 akan melalui proses perbahasan selepas dibentangkan hari ini.

Ia akan dibahaskan di Peringkat Dasar selama lapan hari, diikuti sesi penggulungan oleh kementerian dari 29 Oktober hingga 4 November.

Perbahasan di Peringkat Jawatankuasa akan menyusul dari 5 hingga 27 November sebelum ia diluluskan. – 10 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related