◉ HEADLINES

Lagi kes rogol berkumpulan di sekolah: 3 pelajar, seorang bekas pelajar ditahan

Polis menerima laporan daripada pengadu berusia 53 tahun Ahad lalu, selepas dimaklum guru disiplin mengenai penularan rakaman video bogel anaknya

9:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat remaja, termasuk tiga pelajar sekolah di Baling, Kedah ditahan polis kerana disyaki terlibat rogol berkumpulan dan menyebar bahan lucah di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Ahmad Salimi Mat Ali, berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu berusia 53 tahun pada Ahad lalu, kira-kira jam 11 pagi selepas guru disiplin memaklumkan pengadu mengenai penularan rakaman video bogel anaknya.

Berikutan itu, tiga pelajar sekolah berkenaan dan seorang lagi bekas pelajar sekolah sama, ditahan pada jam 9.30 malam pada hari sama untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, empat suspek terbabit didapati melakukan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi dalam kelas sekolah berkenaan.

“Berikutan itu, semua suspek ditahan dan direman lima hari mulai tarikh mereka ditangkap dan merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut,” katanya lapor BH.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak, kata Ahmad Salimi.

Tegas beliau, polis memandang serius insiden itu dan menggesa ibu bapa serta penjaga memantau kegiatan anak-anak remaja mereka. – 16 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related