HEADLINES

Foto keluarga dimuat naik Figueiredo cetus tanda tanya

Penyerang JDT itu dilihat bergambar bersama individu dipecayai neneknya yang dilahirkan di Johor

10:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gambar keluarga dimuat naik penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Joao Figueiredo di media sosial mencetus persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air, selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan isu pemalsuan dokumen status warisannya.

FIFA pada 27 September lalu menggantung Figueiredo bersama enam lagi pemain warisan selepas siasatan mendapati wujud ketidakselarasan dalam dokumen asal usul keturunan mereka.

Ia menyebabkan pemain kelahiran Brazil berkenaan tidak dapat diturunkan bersama Harimau Malaya serta terlepas beberapa aksi penting bersama JDT.

Dalam laporan rasmi 6 Oktober lalu, FIFA mendedahkan datuk atau nenek kepada tujuh pemain terbabit dilahirkan di beberapa negara seperti Brazil, Argentina, Belanda dan Sepanyol sekali gus menolak dakwaan mereka mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

Sebaliknya hantaran terbaharu Figueiredo di laman Instagram semalam mencetus persaolan baharu apabila dia berkongsi foto keluarganya bersama individu dipercayai neneknya, yang turut disebut dalam siasatan FIFA.

Menurut dokumen yang dikemukakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini, nenek kepada penyerang JDT itu dilaporkan lahir di Johor.

Namun, semakan lanjut oleh FIFA mendapati rekod kelahiran sebenar menunjukkan sebaliknya.

Terkini, FAM sedang dalam proses mengemukakan rayuan rasmi terhadap keputusan FIFA dan keputusan muktamad dijangka diumumkan pada 30 Oktober ini.

Terdahulu, peguam sukan antarabangsa yang mewakili FAM, Serge Vittoz menjelaskan organisasi sukan itu menafikan kewujudan dokumen yang menjadi pertikaian.

Jelasnya dokumen tersebut disediakan mengikut ketetapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan terdapat perbezaan antara sijil kelahiran daripada pihak berkuasa asing dengan versi yang dikeluarkan oleh JPN.

“FAM dalam rayuan ini tidak menafikan kewujudan dokumen yang dipertikaikan. Dokumen tersebut mematuhi dokumentasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun ia tidak sama dengan sijil kelahiran asal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa luar negara,” katanya. – 19 Oktober, 2025

Topics

 

Popular

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related