HEADLINES

Kaitkan situasi Palestin dengan Malaysia, PAS perlu nyata pendirian, ‘setuju atau tidak’ dengan Ahmad Marzuk

PAS bersama gabungan dalam PN perlu menyatakan pendirian mereka sama ada menerima atau menolak kenyataan dibuat oleh Ahmad Marzuk itu

7:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS diminta menyatakan pendirian rasmi parti berkenaan terhadap kenyataan salah seorang pemimpinnya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary, yang mengaitkan situasi di Palestin seolah-olah berlaku di Malaysia.

Pengarah pendidikan politik DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee berkata, jika PAS bersetuju dengan kenyataan itu, maka rakyat Malaysia akan mentafsirkan bahawa parti tersebut bersetuju dengan perkara berkenaan iaitu bukan Islam di Malaysia setara dengan penjajah zionis.

“Namun jika PAS tidak bersetuju, maka PAS mesti mengarahkan Datuk Ahmad Marzuk untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Tuntutan moral yang sama juga harus dipikul oleh Bersatu, Gerakan dan semua parti komponen PN sama ada menolak kenyataannya secara terbuka, atau dipersalahkan kerana bersekongkol secara diam,’’ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan turut membidas Ahmad Marzuk dan menyifatkan kenyataannya itu sebagai melampau dan tidak boleh diterima.

Syahredzan merujuk kepada hantaran Facebook Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu bertajuk “Belajar daripada sejarah Palestin: Jangan kita ulangi kesilapan yang sama’’.

Dalam status tersebut, Ahmad Marzuk menyeru supaya umat Islam belajar daripada sejarah yang berlaku kepada warga Palestin, yang menerima pendatang Yahudi atas dasar kemanusian, tetapi akhirnya rakyat Palestin sendiri menjadi mangsa kezaliman dan diusir keluar daripada tanah mereka sendiri.

Sementara itu, Howard berkata, memutarbelit penderitaan Palestin untuk dijadikan senjata politik menakut-nakutkan rakyat bukan Islam yang sebenarnya rakan senegara dan bukan penjajah adalah penghinaan terhadap ajaran Islam.

Jelasnya, apa yang diucapkan Ahmad Marzuk adalah satu pengisytiharan tersirat tentang “perang budaya” terhadap bukan Islam dan bukan Melayu.

“Dengan membandingkan masyarakat majmuk Malaysia dengan tanah Palestin yang dijajah, beliau seolah-olah melabel jiran sendiri sebagai musuh dari dalam.

“Tiada siapa patut bertolak ansur dengan provokasi berbaur hasutan yang menggugat perpaduan nasional, kedamaian sosial dan ketertiban perlembagaan.

“Ini adalah bentuk hasutan yang berselindung di sebalik nama agama — satu pengkhianatan terhadap seruan Islam untuk berwasatiyyah (kesederhanaan) dan contoh Rasulullah SAW dalam hidup bermuafakat,’’ katanya.

Howard berkata, sebagai Ahli Parlimen, beliau berdiri bersama setiap rakyat Malaysia, sama ada Islam atau bukan Islam, menolak racun kebencian yang diselindungi atas nama agama. – 21 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related