HEADLINES

Anwar tersenarai tokoh Muslim ke-10 paling berpengaruh di dunia

Anwar disenaraikan antara 50 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia dan berada bersama-sama tokoh lain seperti Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani yang menduduki tempat pertama dan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diiktiraf sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-10 dalam edisi 2026 buku The World’s 500 Most Influential Muslims, yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC), Jordan.

Beliau naik daripada kedudukan ke-15 pada tahun 2025, dalam kategori sama.

Dalam penerbitan buku tersebut, Anwar disenaraikan antara 50 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia dan berada bersama-sama tokoh lain seperti Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani yang menduduki tempat pertama, Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud (kelapan) dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto (15).

Dalam penerangan ringkas mengenai pengiktirafan tersebut, Anwar disifatkan sebagai pemimpin yang lantang menyokong hak rakyat Palestin dan mengecam kezaliman Zionis.

Malah pertemuannya dengan pemimpin Hamas sebelum ini iaitu Allahyarham Ismail Haniyeh telah mengundang kritikan dari Amerika Syarikat.

“Hantaran media sosialnya yang mengucapkan takziah atas pembunuhan Ismail Haniyeh telah dipadam, sehingga mendorong beliau berkata:

“Biarlah ini menjadi mesej yang jelas dan tegas kepada Meta: hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai alat kepada rejim Zionis Israel yang menindas.”

Selain itu, Anwar turut memainkan peranan penting dalam meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja selepas beberapa hari pertempuran di sempadan.

“Anwar membantu membina kepercayaan antara Bangkok dan Phnom Penh, mengukuhkan imej Malaysia sebagai perantara keamanan yang konstruktif di Asia Tenggara,” kata catatan ringkas itu mengenai peranan dan sumbangan beliau.

Laporan berkenaan turut menyatakan secara ringkas penglibatan dan perjalanan beliau dalam politik negara sehingga menjadi Perdana Menteri ke-10.

RISSC turut mencatatkan Anwar berada di tangga ketujuh dalam kategori pemimpin Islam dan ahli politik paling berpengaruh di dunia, naik daripada tempat kesembilan tahun lepas, mengatasi Prabowo (10) dan Presiden Mesir Abdel Fattah Saeed Al-Sisi, yang berada di kedudukan ke-13. – 30 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related