HEADLINES

Isu Felda dan FGV: Ahmad Zahid akan bersemuka dengan MB Terengganu

TPM berkata isu itu wajar dibincangkan memandangkan Felda berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan membabitkan kepentingan rakyat Terengganu

1:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berhubung isu notis amaran yang dikeluarkan kerajaan negeri ke atas lot ladang milik Felda dan FGV Holdings Berhad (FGV).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata isu berkenaan wajar dibincangkan memandangkan Felda berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, sekali gus menjadi bidang tanggungjawabnya untuk menangani sebarang permasalahan yang dihadapi agensi itu.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri Besar Terengganu mengenai perkara itu. Tidak ada isu yang tidak boleh diselesaikan. Yang penting ialah kepentingan mereka, yang juga rakyat Terengganu, dan rakyat negara kita,” katanya selepas merasmikan Cyberjaya Conversations Summit 2025 di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Felda dan FGV semalam memaklumkan dalam kenyataan bersama bahawa mereka sedang menjalankan proses semakan menyeluruh ke atas semua dokumen berkaitan bagi menyelesaikan isu notis amaran yang dikeluarkan Kerajaan Terengganu ke atas lot ladang milik agensi itu dan anak syarikatnya.

Felda dan FGV menjelaskan proses semakan itu merangkumi sejarah, rekod pembayaran, bayaran premium tanah, status hak milik serta syarat-syarat pembangunan ladang.

Langkah berkenaan susulan notis amaran pendudukan secara tidak sah atau kesalahan menceroboh yang dikeluarkan ke atas ladang-ladang Felda dan FGV di daerah Besut, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Kemaman pada 30 Nov, 1 Dis dan 2 Dis.

Felda dan FGV menegaskan notis-notis amaran itu tidak menjejaskan operasi ladang peneroka dan komuniti peneroka di Wilayah Terengganu, yang boleh meneruskan aktiviti sara hidup seperti biasa.

Terdahulu, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim mempersoalkan tindakan ‘tidak gentleman’ Felda yang mengheret peneroka seolah digunakan sebagai ‘perisai manusia’ dalam isu membabitkan ladang FGV yang sedang dibangkitkan kerajaan negeri itu.

Dalam kenyataan Azman di laman Facebooknya hari ini, situasi itu berbeza kerana tanah rancangan Felda yang mempunyai peneroka dengan hampir keseluruhannya sudah diberikan geran hak milik sah kepada peneroka terbabit.

“Apabila geran hak milik dikeluarkan, ia bermakna peneroka sudah membayar premium tanah dan cukai tanah, bukan Felda.”

Perkara itu tidak lagi dibangkitkan dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu ladang komersial FGV yang sedang diperjuangkan kerajaan negeri memandangkan tanah ladang FGV tidak diwartakan mengikut Akta GSA, katanya. – 3 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related