◉ HEADLINES

Kerusi DUN Lamag untuk Bersatu jika PN Sabah mahu bertanding PRK: Takiyuddin

Jika PN memutuskan untuk bertanding di kerusi berkenaan maka ia akan diperuntukkan kepada Bersatu

1:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) Sabah akan memutuskan sama ada untuk meletakkan calon bagi pilihan raya kecil negeri Lamag susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, semalam.

Menurut Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, jika PN memutuskan untuk bertanding di kerusi berkenaan maka ia akan diperuntukkan kepada Bersatu.

“Pada pilihan raya negeri Sabtu lalu, Bersatu yang bertanding di kerusi ini.

“Kita serah kepada PN Sabah buat keputusan nak letak calon atau sebaliknya. Sekiranya mahu bertanding, kerusi tersebut milik Bersatu,” katanya.

Penyandang kerusi DUN Lamag, Bung Moktar yang juga pengerusi BN Sabah, Bung Moktar, 66, meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi, semalam. Bung Moktar juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya negeri baru-baru ini dengan majoriti 153 undi dalam pertandingan enam penjuru.

DUN Lamag mempunyai 13,859 pengundi berdaftar dan merupakan salah satu daripada tiga kerusi negeri dalam kawasan Parlimen Kinabatangan. – 6 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related