◉ HEADLINES

Pengerusi NGO disyaki seleweng sumbangan orang awam, didakwa di mahkamah hari ini

Pendakwaan itu dibuat susulan tangkapan yang dijalankan menerusi Op Serantau yang dijalankan bermula Jun lalu

8:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pengerusi Badan Bukan kerajaan (NGO) yang ditahan menerusi Op Serantau kerana disyaki menyeleweng dana awam atas nama sumbangan kebajikan atau derma di mahkamah hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, pertuduhan itu akan dijalankan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pagi ini.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa terhadap seorang pengerusi NGO (Op Serantau) dan Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pagi ini,” katanya.

Kes berkenaan mempunyai kaitan dengan tiga NGO ‘popular’ yang berada dalam pemantauan SPRM selepas dikesan mengumpul ‘harta haram’ hasil kutipan dana bernilai jutaan ringgit.

Malah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendedahkan risikan dan siasatan sudah dilakukan agensi berkenaan terhadap NGO itu yang dikatakan menyelewang sumbangan orang ramai dengan memindahkan dana pertubuhan ke akaun peribadi dan membeli barang kemas, kereta, tanah serta rumah termasuk mata wang kripto bernilai RM26 juta.

Malah, katanya, wang lebihan projek pembinaan telaga bagi misi kemanusiaan di Syria yang turut dikutip menerusi dana awam, turut ‘digelapkan’ untuk kegunaan sendiri, lapor Harian Metro.

Perbuatan itu terbongkar apabila SPRM menahan lima suspek termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan NGO itu menerusi Op Serantau dijalankan SPRM Selangor dengan serbuan dibuat di beberapa lokasi di sekitar Selangor, Melaka dan Pulau Pinang bermula Jun tahun lalu. – 12 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

MACC seizes RM9.7mil in assets linked to RM300mil fund probe

Commission confirms 10 witnesses called as investigation into alleged misappropriation intensifies

LRT 3 fault free run: Meeting between Prasarana and main con scheduled next week

Transport Minister Anthony Loke says FFR still pending as priority is safety

Rental for Ramadan bazaar sites under DBKL reduced to RM400: Hannah Yeoh

Move to ease hawkers’ burden, but they must ensure good quality food and fair prices

◉ Related