◉ HEADLINES

Dua mayat reput ditemui dalam rumah di Setia Alam

Polis berkata berdasarkan pemeriksaan foreksik mangsa dianggarkan meninggal dunia lebih seminggu

9:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua mayat masing-masing lelaki dan wanita, ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di U13, Setia Alam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata mayat berkenaan ditemukan ahli keluarga kepada seorang daripada mangsa di rumah sewa milik adiknya.

Beliau berkata siasatan awal bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati rumah berkenaan berada dalam keadaan tertutup, tiada kenderaan di pekarangan dan pintu besi hadapan tidak berkunci.

“Kedua-dua mayat berada dalam keadaan mereput dan berdasarkan pemeriksaan forensik, dianggarkan mangsa telah meninggal dunia lebih seminggu.

“Bagaimanapun, keadaan rumah adalah teratur dan tiada unsur jenayah dikesan serta pemeriksaan juga mendapati tiada kecederaan pada tubuh badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata mayat wanita berusia 39 tahun dan lelaki berusia 36 tahun itu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat, manakala kes disiasat sebagai mati mengejut.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat Ketua Polis Balai Seksyen 6, Insp Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355. – 9 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related