HEADLINES

Saifuddin Abdullah pula tarik balik rayuan pemecatan Bersatu

Susulan itu, Saifuddin memohon Lembaga Disiplin menghentikan segala prosiding atau pertimbangan lanjut berkaitan rayuan beliau

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menarik balik rayuannya untuk menyertai semula Bersatu, kini Datuk Saifuddin Abdullah juga mengambil keputusan sama.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu menyatakan hasrat dan keputusan menarik balik rayuan rayuan yang dikemukakan pada 16 Januari lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan penjelasan berhubung tindakan berkenaan.

“Dengan penarikan ini, saya memohon agar Lembaga Rayuan mengambil maklum dan seterusnya menghentikan segala prosiding atau pertimbangan lanjut berkaitan rayuan saya,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berbuat demikian menerusi sepucuk surat yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Bersatu, pada Isnin.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Bersatu itu menghantar surat berkenaan yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Rayuan.

Saifuddin dipecat pada 6 Januari lalu dan keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Beliau didakwa melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak memperincikan kesalahan yang didakwa dilakukan oleh beliau.

Terdahulu, Wan Saiful Wan Jan menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan telah menghantar surat kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Bersatu untuk menarik balik rayuannya.

“Antara tuduhan kesalahan saya ialah mengusahakan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif (dan lanjutannya ialah Majlis Presiden) dalam Perikatan Nasional.

“Perkara yang sama dilakukan oleh Muhyiddin Yassin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hari ini. Inilah perkara yang dia tulis dalam suratnya kepada Presiden-Presiden parti dalam PN,’’ katanya. – 16 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related