HEADLINES

Isteri penunggang motosikal maut dirempuh cadang saman RM1 juta: peguam

Jumlah tuntutan akan berdasarkan kepada prinsip undang-undang ketetapan kes-kes duluan sebelum ini, mungkin dalam jumlah sehingga RM1 juta, kata peguam

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isteri kepada seorang penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Barat, Klang pada 29 Mac lalu, bercadang untuk memfailkan saman sehingga RM1 juta terhadap lelaki yang didakwa membunuh suaminya.

Menurut peguam Mohd Faizi Che Abu, yang mewakili Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, jumlah tersebut akan dikira berdasarkan kepada gaji terakhir Allahyarham Amirul Hafiz Omar, umur, tanggungan serta faktor pengganda tertentu.

Jelasnya, mereka kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap tertuduh dan juga pihak insurans bagi keadaan kes ini.

“Jadi pihak keluarga dalam proses untuk mendapatkan dokumen dan juga maklumat-maklumat daripada pihak berkuasa sebelum tindakan selanjutnya iaitu tindakan sivil diambil.

“Kita ada jumlah yang kita akan tuntut berdasarkan kepada prinsip undang-undang ketetapan kes-kes duluan sebelum ini, mungkin dalam jumlah yang tersebut,” katanya, seperti yang dilaporkan media.

Beliau ditemui pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Klang, hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki, R. Sakthygaanapathy, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar pada 29 Mac lalu.

Tertuduh, yang berusia 28 tahun, didakwa menyebabkan kematian Amirul, 32, yang juga pekerja gudang dan penghantar pada jam 11.47 pagi di sepanjang Jalan Raya Barat, Klang.

Sakthygaanapathy juga didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengambil dadah berbahaya. – 1 April, 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Related