HEADLINES

MCMC akan ambil tindakan terhadap Papagomo susulan dakwaan palsu sekat laporan

MCMC menegaskan pihaknya tidak terlibat dalam kes berkenaan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang permohonan atau arahan untuk menyekat kandungan tersebut kepada mana-mana organisasi media atau platform digital

4:46 PM MYT

 

PUTRAJAYA –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris susulan dakwaan palsu bahawa suruhanjaya itu menyekat laporan mahkamahnya melibatkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini menegaskan dakwaan oleh Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai “Papagomo” itu adalah tidak benar dan sama sekali tidak berasas.

Menurut suruhanjaya itu, pihaknya tidak terlibat dalam kes berkenaan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang permohonan atau arahan untuk menyekat kandungan tersebut kepada mana-mana organisasi media atau platform digital.

“Sehubungan itu, MCMC akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap Wan Azri berhubung penyebaran dakwaan palsu tersebut,” menurut kenyataan tersebut.

MCMC turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang boleh mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.

Menurut suruhanjaya itu tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada. – 9 April, 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related