◉ HEADLINES

Tikam gadis 61 kali: Penuntut kolej didakwa membunuh Nurfisya

Tiada pengakuan direkodkan daripada suspek remaja yang didakwa menamatkan riwayat Nurfisya Zulkifly dalam satu kejadian tragis yang berlaku lewat malam di Jalan Pengkalan Piah

11:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut kolej hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan membunuh seorang gadis, Nurfisya Zulkifly, dalam kejadian tragis yang menggemparkan di Ketereh, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, 19, dilihat tenang dan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid. Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Hazim didakwa menyebabkan kematian Nurfisya Zulkifly yang juga berusia 19 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh, Kota Bharu dianggarkan antara jam 11.40 malam (30 April) sehingga 12.20 tengah malam (1 Mei).

Mangsa sebelum ini dilaporkan ditemui dengan 61 kesan tikaman pada anggota badan.

Pertuduhan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati; atau penjara sehingga 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, wajib dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pendakwaan diketuai oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Wan Azimah Yaacob, bersama Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah dan Ahmad Naabil Mohamed Asri.

Tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Alias Ibrahim.

Pihak pendakwaan telah memohon tarikh pengurusan kes sementara menunggu laporan pakar berkaitan dilengkapkan. Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan pengurusan dokumen. – 12 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related