◉ HEADLINES

Syed Saddiq kumpul lebih RM54,000 pada hari pertama Larian Kesyukuran Muar

Misi larian selama empat hari menuju ke Muar, mensasarkan sebanyak RM200,000 dengan matlamat mengumpul dana kebajikan bagi membantu penduduk di kawasan Parlimen Muar

9:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berjaya mengumpul sebanyak RM54,692 pada hari pertama misi Larian Kesyukuran, sebagai tanda tanda kesyukuran selepas melalui perjuangan panjang membersihkan nama dan maruahnya.

Dalam hantarannya di Facebook, Syed Saddiq berkata, larian hari pertama itu melibatkan laluan Putrajaya ke Salak Tinggi dan kemudiannya Labu.

“Dari Putrajaya ke Salak Tinggi, kemudian Labu, ramai menunggu di tepi jalan untuk beri semangat dan mendoakan kami.

“Sampai di Labu, saya terkejut melihat lautan manusia yang masih menunggu walaupun sudah malam.

“Saya yang berlari, tetapi anda semua yang menggerakkan perjalanan ini,’’ katanya.

Misi larian selama empat hari menuju ke Muar, mensasarkan sebanyak RM200,000 dengan matlamat mengumpul dana kebajikan bagi membantu penduduk di kawasan Parlimen beliau.

Dana yang dikumpulkan menerusi larian berkenaan juga akan digunakan untuk membeli iPad kepada mahasiswa yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, selain menyediakan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan.

Pada 13 Julai lalu, Syed Saddiq bebas sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pendakwaan.

Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, bekas Menteri Belia dan Sukan yang berusia 34 tahun itu, ia menoktahkan perjuangan undang-undang yang berlarutan sejak lima tahun lalu.

Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan itu selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Nov 2023.

Pejabat Peguam Negara (AGC) kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan sehari selepas keputusan itu. – 17 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Jerebu: Semua sekolah di lapan PPD di Selangor ditutup esok

Sekolah-sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan PPD Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa namun aktiviti luar bilik darjah tidak dibenarkan

◉ Related