◉ HEADLINES

Bukit Aman sudah hubungi Hadi Awang, sedia beri kerjasama penuh

PDRM mulakan siasatan rasmi berhubung isu 'tawaran AS 2014' sebaik sahaja menghubungi Abdul Hadi, dengan pimpinan PAS memberi jaminan tidak akan berdolak-dalik

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Ya, pihak Bukit Aman sudah hubungi kami,” kata Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Syahir Sulaiman, mengesahkan PDRM sudah memulakan siasatan terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan dakwaan penglibatan kuasa asing dalam politik tanah air.

Menurut Syahir, Ahli Parlimen Marang itu telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan bersedia untuk tampil memberi keterangan kepada pihak polis pada bila-bila masa.

“Tan Sri Abdul Hadi sudah dimaklumkan dan sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis. Tarikh dan masa akan ditentukan,” katanya lapor BH.

Tindakan polis menghubungi Abdul Hadi dibuat susulan tiga laporan polis yang difailkan di Balai Polis Cheras oleh pimpinan PKR Cabang Bandar Tun Razak, iaitu Naib Ketua Cabang V. Jonathan, Ketua Wanita Mazlina Osman, dan Timbalan Ketua AMK Amarul Hisham Jalil.

Laporan berkenaan dibuat berikutan kenyataan Abdul Hadi sewaktu berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Kelantan.

Beliau mendakwa beberapa pimpinan PAS pernah dijemput mengadakan pertemuan dengan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ketika kunjungan Presiden Barack Obama pada 2014, di mana pihak asing terbabit didakwa menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia.

Walau bagaimanapun, pihak Kedutaan AS di Kuala Lumpur telah menafikan secara tegas dakwaan berkenaan.

Ketua Kedutaan AS di Kuala Lumpur, David H Gamble Jr., menegaskan bahawa negaranya tidak pernah mencuba untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia serta sentiasa menghormati proses demokrasi negara ini. – 7 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related