HEADLINES

Lebuhraya SPE dibuka, pengguna nikmati 30 hari tol percuma

Plaza tol terlibat adalah Plaza Tol Chan Sow Lin; Plaza Tol Ampang, iaitu dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur AKLEH menuju ke SPE serta Plaza Tol Setiawangsa

4:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) dibuka secara rasmi hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sempena pembukaan itu, pengguna akan menikmati tol percuma selama 30 hari di laluan berkenaan.

“Pembukaan Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE) dibuka secara rasminya pada hari ini.

“Saya juga amat berbesar hati mengumumkan tol percuma selama 30 hari sehingga 2 Disember 2023, jam 11.59 malam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, tol percuma itu diberikan di tiga plaza tol.

“Plaza tol ini adalah Plaza Tol Chan Sow Lin; Plaza Tol Ampang, iaitu dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur AKLEH menuju ke SPE serta Plaza Tol Setiawangsa (arah Selatan dan Utara),” katanya

Lebuh raya sepanjang 29.8 kilometer (itu), menghubungkan Taman Melati dan Klang Gates dari Lebuhraya MRR2 ke Kerinchi Link berhampiran Pantai dan Universiti Malaya.

Mula dibina pada 2016, Lebuhraya SPE diharap memberikan manfaat buat penduduk sekitar Gombak, Taman Melati, Genting Klang, Setiawangsa, Wangsa Maju, Ampang, Kampung Pandan, Bandar Malaysia, Kerinchi serta Pantai. – 3 November, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related