◉ HEADLINES

‘Saya tidak boleh tidur lihat banyak mayat kanak-kanak,’ kata penggali kubur di Gaza

'Kami terpaksa menggali (kubur besar). Tiada tempat untuk menampung jumlah mayat yang terus bertambah setiap hari dan tiada batu nisan. Semuanya telah habis di Gaza,' katanya

6:25 PM MYT

 

BANDARAYA GAZA – Menggali kubur besar menjadi satu-satunya penyelesaian bagi penduduk Gaza yang berdepan peningkatan jumlah kematian akibat serangan Israel sejak lebih sebulan yang lepas.

Penggali kubur, Saadi Baraka, 63, berkata kebanyakan mereka yang terkorban ialah kanak-kanak dan wanita. 

Baraka berkata sepanjang pengalamannya sebagai penggali kubur apa yang berlaku di Gaza sekarang sukar untuk diungkapkan dan tidak pernah disaksikan sebelum ini, sehingga beliau tidak lalu makan mahupun tidur.

Di saat pelbagai alasan kononnya untuk menyasarkan Hamas, terowong, senjata dan pusat operasi, hakikatnya majoriti penduduk Gaza yang terdiri wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Realiti itu kini membawa kepada tragedi dengan sekurang-kurangnya 70 peratus mangsa yang terbunuh ialah kanak-kanak dan wanita.

“Kami terpaksa menggali (kubur besar). Tiada tempat untuk menampung jumlah mayat yang terus bertambah setiap hari dan tiada batu nisan. Semuanya telah habis di Gaza.

“Semalam, saya mengebumikan hampir 600 jenazah, lebih banyak daripada yang saya kebumikan dalam tempoh lima tahun lalu.

“Saya tidak pernah melihat kekejaman sebegitu dahsyat. Majoriti yang saya kebumikan adalah wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Baraka berkata setiap kubur bersaiz kira-kira enam meter dan 45 jenazah dikebumikan di dalam satu liang dan kubur terbesar menempatkan 137 jenazah.

Jenazah yang tidak dikenal pasti turut dikebumikan sama seperti yang lain.

“Saya tidak boleh tidur lihat banyaknya mayat kanak-kanak. Apa salah anak-anak ini?

“Kami telah berusaha untuk dapatkan keamanan sejak zaman Abu Ammar (Allahyarham Presiden Palestin Yasser Arafat). Sementara Netanyahu hanya mengutamakan pertumpahan darah.

“Kami berusaha untuk hidup dengan penuh bermaruah dan bebas, inginkan sebuah negara yang berdaulat. Saya mahu menjadi rakyat seperti di negara-negara yang lain di dunia…,” katanya. – 11 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

◉ Related