◉ HEADLINES

LKAN 2022 : 6 kes kerugian wang awam bernilai RM681.71 juta telah dilaporkan

“Hasil daripada pengauditan yang dilaksanakan, Jabatan Audit Negara telah mengemukakan 55 syor untuk diambil tindakan oleh kementerian/jabatan/agensi berkaitan,'' LKAN

10:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sebanyak enam kes kehilangan/kerugian wang awam bernilai RM681.71 juta telah dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 Jilid 1 bagi aktiviti kementerian, jabatan kerajaan persekutuan dan badan-badan berkanun persekutuan yang dibentangkan hari ini.

Ia melibatkan Pengurusan Program Penanaman Padi, Pengurusan Pembangunan Hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi, Pengurusan dan Kawal Selia Senjata Api Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, Pengurusan Program Pemuliharaan Kawasan Perlindungan Marin, Program Galakan Pelaburan bagi Sektor Perkilangan dan Pengurusan Program Bandar Selamat.

Menurut LKAN, perkara ini antaranya berkaitan pemberian pengecualian denda yang dikenakan ke atas kelewatan pembekalan dan penghantaran baja, penyaluran subsidi dan insentif pesawah tidak optimum, kegagalan mengutip hasil pajakan tanah dan perolehan secara penggantian pelupusan senjata api tidak dibekalkan sepenuhnya.

“Terdapat tiga kes pembaziran bernilai RM21.35 juta melibatkan Pengurusan Pekerja Asing melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) & Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS), Pengurusan Program Pemuliharaan Kawasan Perlindungan Marin dan Pengurusan Program LKAN Tahun 2022.

“Terdapat juga dua kes pembayaran tidak teratur bernilai RM1.52 juta melibatkan Pengurusan Program Podium Sukan Elit dan Pengurusan Program Memperkasakan Kapasiti, Kebolehan dan Daya Saing Industri Pembinaan.

“Perkara yang berbangkit adalah berkaitan perbelanjaan di luar skop kelulusan dan tajaan program dibuat kepada peserta yang tidak memenuhi syarat,’’ katanya.

LKAN berkata, hasil daripada pengauditan yang dilaksanakan, Jabatan Audit Negara telah mengemukakan 55 syor untuk diambil tindakan oleh kementerian/jabatan/agensi berkaitan.

Jelas laporan itu, antara syor yang dikemukakan adalah kementerian, jabatan dan agensi diminta menjalankan kajian terperinci bagi setiap cadangan projek terlebih dahulu sebelum diluluskan.

Selain itu, pihak terbabit juga harus mempertingkatkan aspek pemantauan bagi memastikan program/aktiviti/projek dilaksanakan mengikut jadual atau perancangan yang ditetapkan.

“Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan perlu menetapkan kriteria dan mekanisme penilaian keberhasilan semasa di peringkat perancangan untuk setiap program projek yang dilaksanakan,’’ katanya. – 22 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related