◉ HEADLINES

Lelaki pukul isteri dengan dumbel hingga maut direman 7 hari

Mangsa seorang pensyarah kolej dipercayai diserang suaminya kerana cemburu

11:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, membenarkan seorang lelaki direman tujuh hari selepas disyaki membunuh isterinya menggunakan dumbel dalam kejadian di sebuah kediaman di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam.

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi.

Menerusi laporan media, lelaki dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dikenakan perintah reman berkenaan, susulan permohonan dikemukakan polis.

Terdahulu, lelaki berusia 38 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Shah Alam pada jam 9.20 pagi ini, dengan memakai pakaian lokap sambil diiringi pegawai dan anggota polis.

Semalam, Scoop melaporkan, seorang wanita yang juga pensyarah kolej maut disyaki akibat dipukul suaminya dengan menggunakan dumbel di kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa dipercayai dipukul suaminya berusia 38 tahun akibat cemburu.

Menurutnya, polis menerima laporan daripada suspek pada jam 5.33 pagi kelmarin yang memaklumkan isterinya mengalami sawan dan dibawa ke Hospital Shah Alam (HSA) kerana tidak sedarkan diri.

Katanya, pemeriksaan awal doktor ke atas mangsa mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuh.

“Siasatan lanjut pihak polis mendapati mangsa dipukul suspek akibat cemburu di rumah mereka sebelum dibawa ke hospital.

“Bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat ke atas suspek di HSA pada jam 12.49 tengah hari semalam,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Iqbal berkata, senjata yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul isterinya, iaitu sebuah dumbel turut dirampas. – 16 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related