HEADLINES

Di sebalik boikot, McDonald’s Malaysia sasar 750 restoran baharu di seluruh negara

Secara purata, satu restoran McDonald’s menyediakan 50 hingga 100 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat tidak termasuk vendor atau kontraktor tempatan

6:45 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Di sebalik boikot, McDonald’s Malaysia mensasarkan pembukaan 750 restoran makanan segera itu di seluruh negara menjelang 2030 sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi McDonald’s Malaysia merangkap Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RHMC) Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, meskipun restoran makanan segera itu dilanda cabaran besar disebabkan boikot namun pihaknya akan memberikan yang terbaik.

Jelasnya, secara purata, satu restoran McDonald’s menyediakan 50 hingga 100 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat tidak termasuk vendor atau kontraktor tempatan yang terlibat dalam usaha pembinaan atau penyelenggaraan restoran.

“Ini adalah visi McDonald’s Malaysia dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan ia menjadi realiti. Selain memberi tumpuan kepada lokasi bandar-bandar utama, McDonald’s juga sedang giat mencari peluang membuka restoran kami di kawasan pinggir bandar atau luar bandar.

“Ia bagi memberi akses mudah kepada para pelanggan selain peluang pekerjaan yang lebih meluas kepada masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian McDonald’s pandu lalu di Rembau, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Teo Kok Seong hari ini.

McDonald’s Malaysia baru-baru ini menjelaskan ia mahu menyaman Boycott Divestment Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) berhubung dakwaan kempen boikot yang dilancarkan pihaknya susulan serangan Israel di Gaza.

Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Mohd Nazari Ismail berkata Malaysia bagaimanapun tidak gentar dengan tindakan saman.

“Kita gunakan kuasa yang ada pada kita dengan cara (terus) memboikot Israel dan organisasi yang menyokong kezaliman Israel!

“BDS disaman organisasi yang membenci dengan apa kita lakukan, tapi kita percaya rakyat Malaysia bersama dengan BDS,’’ katanya.

Azmir memberitahu apabila menyebut tentang tanggungjawab sebagai orang Islam, semua pihak tidak dapat lari daripada membincangkan konflik yang berlaku di Palestin.

“Saya menyatakan sokongan kami kepada mereka yang terjejas di Gaza melalui sumbangan RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin di bawah Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini,” katanya.

Katanya kakitangan McDonald’s di seluruh Malaysia turut mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana tambahan sebanyak RM100,000 yang disumbangkan kepada MyCARE untuk membantu rakyat Palestin. – 4 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related