◉ HEADLINES

Kes bakar rumah Ngeh Koo Ham, suspek negatif dadah, bukan ahli parti politik

Polis turut merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau

6:32 PM MYT

 

IPOH – Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, disahkan negatif dadah.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata keputusan itu diperoleh hasil saringan air kencing terhadap lelaki berkenaan yang ditahan pada Jumaat lepas.

Pada Jumaat, Mohd Yusri dalam kenyataan berkata lelaki itu ditahan di kawasan Shah Alam, Selangor kira-kira 4 pagi dan direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Beliau berkata polis turut merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Semalam, Mohd Yusri turut mengesahkan lelaki berusia 30-an itu bukan ahli mana-mana parti politik dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan. – 14 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Download RTM Klik to enjoy free FIFA World Cup 2026 coverage: Fahmi

Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil says Malaysians can watch the FIFA World Cup 2026 free via RTM Klik, MyTV and other RTM platforms, marking the first time in two decades that the tournament will be widely accessible at no cost

◉ Related