◉ HEADLINES

Tuntutan Afrika Selatan terhadap Israel: ICJ buat keputusan esok

Afrika Selatan memfailkan tuntutan supaya rejim Zionis menghentikan jenayah perang di Gaza

9:30 AM MYT

 

PETALING JAYA – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan esok mengenai tuntutan dikemukakan Afrika Selatan supaya rejim Zionis menghentikan kempen ketenteraannya di Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan ICJ, Afrika Selatan telah memfailkan dokumen setebal 84 muka surat kepada mahkamah dunia itu dengan memperincikan tindakan Zionis terhadap pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza.

ICJ bakal bersidang pada jam 1 petang esok di Istana Keamanan, The Hague, Belanda dengan Presidennya, Hakim Joan E. Donoghue akan membacakan perintah mahkamah mengenai tuntutan Afrika Selatan itu.

Pada 29 Disember lalu, Afrika Selatan memfailkan tuntutan untuk memulakan prosiding terhadap Israel berhubung dakwaan melakukan pencabulan di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

Dalam tuntutannya, Afrika Selatan meminta ICJ mengeluarkan arahan sementara kepada Israel supaya menghentikan serangannya di Gaza.

Pendengaran awam mengenai tuntutan itu telah diadakan pada 11 dan 12 Januari lalu. – 25 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Sedia pinda undang-undang kekang jenayah babit pesakit mental: Dzulkefly

Dzulkefly tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu didakwa mengalami masalah kesihatan mental, menggunakan 'tiket sedemikian' untuk melakukan jenayah, namun sebarang pindaan perlu diperhalusi

Sesi libat urus MCMC dan penyedia platform media sosial diadakan bulan ini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.

◉ Related