HEADLINES

Jambatan Francis Scott Key runtuh: Kementerian Luar pantau rapat perkembangan

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Washington memantau rapat perkembangan insiden keruntuhan jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Menerusi kenyataannya, kementerian itu berkata, Kedutaan Besar Malaysia sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati.

“Mereka dinasihatkan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Ujarnya, rakyat Malaysia di kawasan berkenaan yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan, dinasihatkan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Washington.

“Ia boleh dikemukakan menerusi alamat Kedutaan Besar Malaysia di Washington, 3516 International Ct NW, Washington, DC 20008; melalui nombor telefon +1 (202) 375 4396 atau emel, [email protected],” katanya.

Semalam, media melaporkan jambatan itu runtuh selepas dilanggar sebuah kapal kargo.

Kapal dengan bendera Singapura berukuran kira-kira 300 meter dinamakan Dali itu difahamkan dalam perjalanan dari Baltimore ke Colombo, Sri Lanka.

Pelanggaran itu menyebabkan kira-kira 20 orang serta beberapa kenderaan terjunam ke dalam air.

Menurut pihak berkuasa, dua orang mangsa diselamatkan, manakala seorang dalam keadaan kritikal. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related