HEADLINES

Marah ‘katak politik’ tapi buat sidang media terima Adun Umno: Akmal tempelak PAS

Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan pemimpin politik supaya bekerja untuk rakyat, bukannya pemimpin yang hanya bekerja demi kepentingan diri sendiri.

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak tindakan PAS menerima wakil rakyat kerajaan sebagai ahli parti itu biarpun sebelum ini ‘bermati-matian’ membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat mengekalkan kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beliau mengajukan persoalan terhadap pendirian pemimpin-pemimpin PAS sehingga ‘sanggup’ membuat sidang media di Bangunan Parlimen mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Muhammad Jailani Khamis yang sebelum ini digantung keahlian dalam Umno menyertai parti itu.

“Saya nak tanya kepada PAS, baru seminggu yang sudah kita marah Speaker (Dewan Rakyat) kerana seolah-olah kita (kerajaan) menyokong tindakan orang yang melompat parti ini.

“Jadi mana pendirian orang PAS? Mana pendirian pemimpin PAS? Apabila kamu, apabila ada daripada Perikatan Nasional (PN) melompat, kita marah, kita kutuk, kita kutuk kerajaan bahawa jangan menerima kata-kata politik ini.

“Tetapi jika ini yang berlaku (menerima wakil rakyat Umno menyertasi PAS), mana pendirian kamu?” soalnya dalam klip video yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini.

Akmal kemudiannya mengingatkan pemimpin politik supaya bekerja untuk rakyat, bukannya pemimpin yang hanya bekerja demi kepentingan diri sendiri.

“Sebab itulah saya marah itu hari antara tindakan Speaker apabila kita membenarkan adanya lompatan-lompatan sebegini rupa. Jadi akhirnya apa nak jadi? Negara ini apa nak jadi?

“Cukup-cukuplah menyusahkan rakyat yang berada di bawah ini. Jadi saya nak tanya kepada orang PAS dan orang PN, apakah pendirian kamu tentang kata-kata politik ini? Adakah kamu setuju atau kamu tak setuju? Jawab,” tegasnya.

Setiausaha Agung PAS yang juga Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini mengesahkan penyertaan Adun Rembia itu ke dalam PAS.

Takiyuddin berkata, tindakan Muhammad Jailani tidak dianggap sebagai lompat parti memandangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti diluluskan pada 31 Julai 2023 selepas Muhamad Jailani menyertai PAS. – 16 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related