◉ HEADLINES

Pelesenan media sosial: Tiada anjakan tarikh kuat kuasa: Fahmi

Dua bentuk perkhidmatan yang akan dilesenkan ialah media sosial serta sistem pesanan Internet dan tidak melibatkan mana-mana aplikasi

6:24 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan kerangka kawal selia atau pelesenan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang akan berkuat kuasa pada 1 Jan tahun depan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Jemaah Menteri. 

“Kekal 1 Jan 2025 lesen bagi media sosial dan sistem pesanan Internet berkuat kuasa. Tidak ada  anjakan atau perubahan pada tarikh itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. 

Beliau berkata dua bentuk perkhidmatan yang akan dilesenkan ialah media sosial serta sistem pesanan Internet dan tidak melibatkan mana-mana aplikasi.

Pada 26 Ogos lepas, persatuan yang mewakili syarikat Internet dan teknologi terkemuka iaitu Gabungan Internet Asia (AIC) menggesa kerajaan agar menghentikan serta mempertimbang dengan teliti rancangan pelesenan untuk platform media sosial.

AIC, yang dianggotai antaranya Google, Meta, Amazon dan Grab, telah menghantar bantahan menerusi surat bertarikh 23 Ogos yang ditujukan kepada Perdana Menteri.

Kerangka bagi melesenkan media sosial dan pesanan Internet diluluskan oleh Kabinet pada 8 Mac lepas.

Pada 27 Julai lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengumumkan bahawa semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bermula 1 Jan 2025.

Kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil mengikut Akta 588. – 28 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Iran women’s football team may stay longer in Malaysia as AFC seeks safe options

The Asian Football Confederation says the Iran women’s national team could remain in Malaysia temporarily while authorities explore safe arrangements, after concerns over the players’ safety following the 2026 AFC Women’s Asian Cup in Australia

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

◉ Related