◉ HEADLINES

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

4:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya siasatan dan tindakan segera diambil tanpa berlengah berkait isu melibatkan salah laku Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Ini kerana, kata Perdana Menteri, ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak.

“Biar polis buat siasatan dan ambil tindakan ikut undang-undang dan pihak majlis agama terutama wilayah (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) … Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang ada kekuatan penyiasatan dan penyelidikan untuk memberikan nasihat.

“Biar ada saluran dan jangan lengahkan,’’ katanya kepada media selepas solat Jumaat di Masjid Al-Iman, Kampung Desa Putra, Kajang, di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut menyentuh mengenai persoalan kenapa berlaku kelewatan dalam mengambil tindakan ke atas kumpulan terbabit.

“Ramai tanya mengapa ada kelewatan atau kelengahan dalam mengambil tindakan? Jadi, saya telah bawa kepada badan-badan ini untuk ambil tindakan segera, siasatan dan laporan,” katanya.

Rabu lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun berjaya diselamatkan selepas disyaki menjadi mangsa eksploitasi seksual dan fizikal membabitkan GISBH.

Siasatan mendapati modus operandi dilakukan di rumah amal itu dengan mengajar dan mendidik mangsa cara meliwat dan diliwat penjaga.

Malah, mereka turut dipaksa melakukan perbuatan tersebut kepada penghuni lain. – 13 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related