◉ HEADLINES

‘Bossku mesti berada di luar tabir besi itu’ kata Zahid

'Tapi saya amat yakin, cahaya yang terang akan datang dari hujung terowong untuk beliau dan keluarga' kata Zahid lagi

6:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak pernah melupakan perjuangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana perkara itu adalah mustahil untuk dilakukan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menegaskan pendirian parti komponen tersebut untuk melihat Najib segera dibebaskan sebagai tahanan penjara.

“Kami tidak lupakan Bossku (Najib). Sebagai sahabat beliau sejak 1987, mustahil untuk kita lupakan Bossku.

“Saya dan rakan-rakan dalam Majlis Kerja Tertinggi (BN) tidak terlepas (berbincang) isu bossku dalam agenda mesyuarat.

“Bossku mesti berada di luar tabir besi itu (penjara)!” katanya ketika berucap pada majlis sambutan 50 tahun Jubli Emas Barisan Nasional di Dewan Merdeka, World Trade Center (WTC) di sini, hari ini.

Majlis sambutan Jubli Emas BN itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Turut hadir, Pengerusi MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Timbalan Pengerusi MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Najib, 71, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan bersalah atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib. Namun, hukuman itu dikurangkan kepada enam tahun penjara, manakala denda dikurangkan kepada RM50 juta susulan petisyen pengampunan diraja yang difailkan pada 2 September 2022.

Ketika Zahid menyatakan demikian, dewan bergema dengan sorakan ahli-ahli parti BN yang menuntut kebebasan Najib.

Zahid turut menyatakan harapannya supaya ada sinar cahaya baharu yang lebih baik buat Najib dan keluarganya di masa akan datang.

“Kita bersimpati… berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

“Bukan mudah (untuk) beliau (Najib) hadapi ujian ini.

“Tapi saya amat yakin, cahaya yang terang akan datang dari hujung terowong untuk beliau dan keluarga,” katanya. – 7 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related