◉ HEADLINES

47 halaman laporan RCI Pulau Batu Puteh dihitamkan atas faktor keselamatan negara: Azalina

Azalina berkata, faktor lain termasuk hubungan diplomatik yang sensitif serta perlindungan privasi individu

9:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – 47 halaman muka surat Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dihitamkan disebabkan beberapa faktor termasuk kebimbangan terhadap risiko keselamatan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, faktor lain termasuk hubungan diplomatik yang sensitif serta perlindungan privasi individu.

Beliau berkata, terdapat kandungan laporan RCI ini yang sekiranya didedahkan kepada umum akan menjejaskan aspek keselamatan negara atau operasinya dimana maklumat tertentu yang dihitamkan adalah bersifat sensitif, termasuk melibatkan pertahanan, perisikan dan perkara strategik lain.

“Dari segi sensitif diplomatik pula, kawasan perairan Batu Puteh adalah merupakan laut wilayah yang masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura.

“Selain itu terdapat kandungan laporan RCI ini mengandungi maklumat sensitif berkaitan dengan rundingan yang sedang berjalan serta butiran perbincangan antara kedua-dua negara yang boleh menjejaskan hubungan berterusan atau rundingan masa depan,” katanya menggulung usul pembentangan laporan RCI di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Penggerang itu berkata, bagi perlindungan data peribadi, eksibit laporan ini mengandungi maklumat peribadi yang sensitif tentang individu, pegawai dan saksi persendirian turut dihitamkan.

“Maka penghitaman dibuat untuk memastikan bahawa laporan yang didedahkan tidak menyebabkan kemudaratan sama ada dari segi politik, diplomatik dan keselamatan negara serta untuk mengimbangkan bahawa ketelusan dan melindungi maklumat sensitif,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) arahan penghitaman itu oleh kerajaan kerana laporan itu hendak dibawa dalam dewan.

“Tetapi dalam kerajaan membuat keputusan sudah tentu RCI akan memberikan ‘guidance’ kepada kerajaan sebab bila suruhanjaya membentangkan laporan dan saya sebut di dalam laporan ini bahawa Pengerusi (RCI) telah pergi ke mesyuarat Kabinet, membentangkan kepada mesyuarat Kabinet tentang keputusan dan apa yang mereka dapati daripada siasatan diraja.

“Jadi Kabinet bersetuju untuk ‘lift’ dia punya kategori rahsia untuk terbuka dan dibentangkan di Parlimen seperti yang kita buat sejak kebelakangan ini, supaya ahli berhormat kedua-dua belah pihak dapat mendengar, membincang, membahas dan mencadangkan.

Menjawab pertanyaan Kota Bharu yang sekali lagi mencelah sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhak tahu perkara yang dihitamkan dalam laporan itu, Azalina berkata, beliau bukan berada dalam mahkamah.

“Saya tak boleh cakap orang ini tahu ke atau tak tahu ke, kalau ia dah terbuka, kalau dia nak baca, bacalah, kalau tak nak baca, tak nak bacalah.

“Tapi yang lebih penting kita mesti terima hakikat bahawa bila bercakap tentang laporan ini, menteri Kabinet tak duduk dalam laporan ini, yang duduk adalah badan bebas yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

“Mereka membentangkan kepada mesyuarat Kabinet keputusan yang mereka dapati dan di dalam pembentangan, apa-apa isu tentang keselamatan kerahsiaan akan diperbincangkan,” katanya.

Selain itu Azalina berkata, usul membahaskan laporan RCI itu, bukan bertujuan mahu mendakwa mana-mana pihak, sebaliknya, ia bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes itu.

“Isu sama ada nak tuduh atau tak tuduh itu isu peguam negara, bukan isu kerajaan. Dalam Perlembagaan kita tahu peguam negara satu individu yang bebas

“Kalau laporan polis ada, polis buat siasatan kemudian peguam negara buat keputusan, kalau setakat hari ini tidak adanya laporan polis, takkan lah kita dalam Dewan ini boleh arah polis siasat, arah peguam negara dakwa, mana boleh,” katanya.

Beliau juga berkata, dalam mesyuarat Kabinet 22 Disember 2021, yang berhormat pembangkang (ketika dalam kerajaan pimpinan Datuk Ismai Sabri Yaakob) menjadi menteri-menteri, bersetuju lantikan Tan Sri Mohd Apandi Ali sebagai pengerusi pasukan petugas petugas khas ditubuhkan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan Batu Puteh, Middle Rock, South Ledge.

“Maknanya mereka ini bersetuju tetapi perbezaannya sampai hari ini mereka masih bersetuju laporan ini dirahsiakan,

“Tetapi Kerajaan Madani nak kan supaya laporan ini tak dirahsiakan, bendanya sama bezanya ialah bagi pihak kerajaan Madani, kita nak supaya rakyat tahu apa berlaku terutama sekali rakyat Johor.

“Orang Penggerang nak cari ikan kena halau dengan penguatkuasa maritim Singapura. Tangkap ikan pun tak boleh. Bila mereka buat, dapat keputusan dia tak nak cerita, kami buat RCI kami dapat keputusan kami cerita, takkan itu pun salah, benda sama beza watak dan bentuk,” katanya. – 12 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related