HEADLINES

Mesyuarat Bersatu Selangor serentak Himpunan Turun Anwar: ‘susahkan ketua bahagian’

Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Selangor itu diadakan mulai 9.30 pagi tadi

2:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Langkah Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengadakan Mesyuarat Badan Pimpinan Negeri hari ini telah membangkitkan ketidakpuasan beberapa pihak kerana ia diadakan serentak dengan Himpunan Turun Anwar.

Menurut seorang ketua bahagian yang enggan dikenali, ia menyukarkan ketua-ketua bahagian Bersatu di Selangor untuk menghadiri perhimpunan tersebut yang diadakan di Dataran Merdeka hari ini.

Jelasnya, ada ketua bahagian yang ingin menyertai perhimpunan Turun Anwar namun terpaksa mengubah jadual semata-mata bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

“Orang nak ke himpunan Turun Anwar. Tapi Azmin sengaja panggil mesyuarat negeri untuk menyusahkan Ketua Ketua Bahagian hadir himpunan,’’ katanya.

Dalam surat jemputan ke mesyuarat berkenaan, seramai 34 orang yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri disenaraikan.

Mereka termasuk Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Muhammad Muhaimi Harith Abdullah Sani; Adun Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya; Adun Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dan Adun Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh dijemput untuk hadir mesyuarat berkenaan.

Berdasarkan surat jemputan, mesyuarat berkenaan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Bersatu di Tingkat 8, Menara Yayasan Selangor pada jam 9.30 pagi ini.

Ia ditandatangani oleh Setiausaha Badan Pimpinan Negeri Bersatu Selangor, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali dan salinan kepada Azmin.

Antara atur cara mesyuarat berkenaan ialah ucapan aluan Ketua Badan Pimpinan Negeri, pembentangan minit mesyuarat terdahulu, perkara berbangkit, Laporan Persidangan Tahunan Bahagian Bahagian dan persediaan Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Malaysia.

Bagaimanapun tidak dinyatakan bila mesyuarat itu berakhir.

Himpunan Turun Anwar diadakan hari ini dengan peserta berhimpun di empat kawasan utama iaitu Dataran Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Pasar Seni seawal jam 7 pagi tadi.

Antara pemimpin pembangkang yang dijangka hadir dan menyampaikan ucapan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – 26 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related