HEADLINES

Kelulusan program Mitra diteliti PMO demi ketelusan : Ramanan

Setiap keputusan yang diluluskan PMO adalah hasil daripada proses penyelarasan yang teliti, berfakta dan merangkumi input pelbagai kementerian serta agensi termasuk Mitra

1:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiap kelulusan program Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) melalui proses penyelarasan dan penelitian Pejabat Perdana Menteri (PMO) demi memastikan ketelusan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan menegaskan setiap permohonan juga melalui proses saringan bahagian pemantauan, kewangan dan integriti Jabatan Perdana Menteri.

Beliau yang turut dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal komuniti India berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memantau secara langsung mengenai segala perancangan dan perkembangan bagi memastikan sistem penyampaian yang telus demi menjamin harapan komuniti India khususnya kumpulan B40.

“Justeru itulah, setiap keputusan yang diluluskan PMO adalah hasil daripada proses penyelarasan yang teliti, berfakta dan merangkumi input pelbagai kementerian serta agensi termasuk Mitra.

“Perdana Menteri mahu memastikan dana kerajaan yang diperuntukkan untuk membantu masyarakat India ini disalurkan untuk program yang dapat meningkatkan taraf hidup komuniti India dan tidak mahu ada sebarang unsur pertindihan dengan agensi kerajaan yang lain” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, PMO dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 16 program berimpak tinggi telah diluluskan untuk manfaat masyarakat India di negara ini melalui Mitra setakat Julai tahun ini.

Menurut PMO, kesemua program berkenaan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama pembangunan masyarakat iaitu pendidikan dan latihan, kerohanian dan kebudayaan serta kesejahteraan sosial.

“Langkah ini mencerminkan tekad berterusan Kerajaan Madani dalam mengangkat peranan masyarakat India sebagai rakan pembangunan negara menerusi pendekatan yang inklusif, progresif dan berteraskan impak menyeluruh,” menurut kenyataan itu.

Namun timbul dakwaan menerusi laporan yang memetik sumber memaklumkan agensi itu tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pengumuman yang dibuat PMO itu yang disifatkan sebagai mengejutkan.

Selain itu Ramanan menjelaskan, Mitra juga memainkan peranan penting dalam mengubal inisiatif untuk komuniti India dengan kerjasama berbilang agensi termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pendidikan.

“PMO bertindak sebagai penyelaras dasar negara. Ia bukan mengambil alih peranan mana-mana agensi.

“Sebaliknya memastikan semua inisiatif berjalan selaras dengan dasar kerajaan dan berimpak tinggi kepada rakyat,” katanya. – 31 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related