HEADLINES

Ibu bapa kepada dua beradik lemas ditahan, beri keterangan meragukan

Lelaki itu mempunyai 16 rekod lampau termasuk empat kes masih dikehendaki berkaitan tipu dan jenayah manakala wanita tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan ibu bapa kepada dua beradik yang lemas di Tanjung Agas, Port Dickson selepas didapati memberikan keterangan meragukan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun dan wanita berumur 41 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pada 8 malam tadi.

Beliau berkata, semakan mendapati lelaki itu mempunyai 16 rekod lampau termasuk empat kes masih dikehendaki berkaitan tipu dan jenayah manakala wanita tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Hasil saringan ujian air kencing kedua-duanya adalah negatif. Semakan ke atas kereta tersebut mendapati kenderaan itu pernah dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya, lapor Bernama.

Suspek, katanya, akan dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Alzafny berkata pada 11.45 pagi semalam pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung sebuah kereta jenis Nissan terjatuh ke dalam sungai Tanjung Agas, Port Dickson dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan di dalamnya.

Beliau berkata siasatan mendapati kanak-kanak tersebut masing-masing berumur enam dan lapan tahun yang beralamat di Shah Alam, Selangor, dipercayai lemas akibat terperangkap di dalam kenderaan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin dilaporkan berkata kanak-kanak perempuan berjaya dinaikkan ke darat pada 1.24 tengah hari manakala kanak-kanak lelaki pula pada 1.47 tengah hari dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku semasa dua kanak-kanak serta lelaki dan wanita itu sedang berehat sambil memancing di kawasan terbabit dan secara tiba-tiba kenderaan yang berada dalam keadaan parkir secara tiba-tiba menggelongsor jatuh ke dalam sungai.

Katanya ketika kejadian lelaki tersebut berada di luar kereta manakala mangsa berada di dalam kenderaan bersama seorang wanita namun dia berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada berdekatan. – 5 September, 2025

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related