◉ HEADLINES

Petronas Gas sahkan insiden saluran paip gas bocor di tapak ECRL Kerteh

PGB berkata sebagai langkah keselamatan lokasi kejadian ditutup serta merta kepada orang ramai dan pekerja

10:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Petronas Gas Berhad (PGB) mengesahkan insiden kebocoran gas pada saluran paip miliknya berhampiran Kampung Chabang, Kerteh, pagi semalam.

PGB dalam satu kenyataan semalam berkata, sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan lokasi kejadian ditutup serta merta kepada orang ramai dan pekerja.

“Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.50 pagi dan berada dalam keadaan terkawal manakala lokasi kejadian itu jauh dari laluan serta penempatan penduduk.

“Pemantauan secara berterusan sedang dijalankan sementara saluran paip yang terlibat telah diasingkan,” katanya lapor BH.

Katanya, kakitangan syarikat berkenaan juga sudah ditempatkan untuk memantau lokasi kejadian.

“Bagaimanapun kejadian itu juga tidak menjejaskan bekalan gas kepada pelanggan berikutan penghantaran diteruskan melalui saluran paip gantian dalam rangkaiannya,” kata kenyataan itu lagi.

Semalam Ketua Polis Daerah Kemaman, Mohd Razi Rosli berkata insiden itu berlaku di tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen Lima, Kerteh.

Pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada kira-kira jam 9.53 pagi dan dilaporkan berlaku hampir dua kilometer dari laluan utama namun tidak membabitkan perkampungan atau kediaman penduduk.

Susulan itu, katanya, jalan Kerteh ke Kampung Ranggon ditutup sementara kepada pengguna jalan raya. – 21 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related