HEADLINES

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Hishamuddin Aun meninggal dunia

Allahyarham, 64, telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu sejak lebih sebulan akibat jangkitan Influenza A

11:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Datuk Hishamuddin Aun, meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A, di Hospital Sultan Idris, Serdang, petang tadi.

Allahyarham, 64, telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu sejak lebih sebulan.

Isterinya, Datin Linda Taib berkata, kesihatan Allahyarham semakin merosot selepas dua minggu ditempatkan di ICU, lapor Berita Harian.

“Semasa di ICU Allahyarham ditidurkan selain turut disahkan menghidap penyakit paru-paru berair dua minggu ketika mendapat rawatan,’’ katanya.

Menurut isterinya, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Kajang, pagi esok.

Hishamuddin meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu.

Allahyarham dilantik sebagai Pengarang Kumpulan Berita Harian selama tiga tahun bermula 2003 hingga 2006 dan pernah menyandang pelbagai jawatan penting dan berpengaruh dalam industri media.

Beliau pernah dilantik sebagai pengarang Harian Metro, pengarang sukan Berita Harian serta penasihat di Astro Awani/Arena.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebooknya berkata, sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan industri media serta menjadi antara tokoh yang disegani.

“Dunia kewartawanan kehilangan seorang lagi personaliti besar dengan pemergian Datuk Hishamuddin Aun, bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP,’’ katanya yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,’’ katanya. – 1 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related