◉ HEADLINES

Tiada larangan guna dekorasi bukan Islam untuk premis pemegang sijil halal: Zulkifli 

Tiada larangan terhadap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) asalkan ia tidak menjejaskan prinsip halalan toyyiban

10:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada larangan terhadap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam, asalkan ia tidak menjejaskan prinsip halalan toyyiban.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Hasan berkata ia merujuk kepada keputusan yang telah dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2023.

Beliau berkata, dekorasi, imej, hiasan, ilustrasi dengan perayaan selain daripada agama Islam pada produk makanan yang bersifat tidak kekal adalah dibenarkan.

Selain itu, ujar Zulkifli, penggunaan peralatan sembahan adalah tidak dibenarkan dan dekorasi serta hiasan premis tidak melibatkan paparan SPHM dan imej Logo Halal SPHM.

“Keputusan ini adalah terpakai kepada isu dekorasi hiasan perayaan selain Islam di bahagian dapur atau outlet hotel yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM),’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zulkifli, sifat hormat menghormati kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia adalah sebahagian daripada identiti masyarakat majmuk di negara ini dan pihak industri digalakkan untuk terus mematuhi piawaian halal sedia ada tanpa mengetepikan aspek keharmonian kaum.

Jelasnya, pihak hotel dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa pensijilan halal yang berkaitan bagi mendapatkan penjelasan dan panduan yang tepat dari semasa ke semasa, demi memastikan pematuhan berterusan kepada piawaian halal negara.

“Kerjasama erat antara pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri bersama Jakim serta pemain industri adalah amat penting bagi memastikan pelaksanaan dasar dan garis panduan halal dilaksanakan secara berhemah, serta sentiasa mengambil kira kepentingan umat Islam dan keharmonian masyarakat keseluruhannya.

“Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memelihara kesucian pensijilan halal Malaysia, di samping memastikan keharmonian antara agama dan budaya terus diperkukuh,’’ katanya. – 20 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related