◉ HEADLINES

Seleweng dana pusat dakwah: SPRM rakam percakapan pendakwah bebas, ketua jabatan

Fokus utama ketika ini adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan melengkapkan kertas siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan tersebut

9:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan seorang pendakwah bebas dan seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pendidikan serta pusat dakwah di Kedah, bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana.

Menurut sumber kedua-dua individu berkenaan hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 1.30 petang bagi melengkapkan proses siasatan yang sedang dijalankan terhadap pusat dakwah berkenaan.

“Fokus utama ketika ini adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan melengkapkan kertas siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan tersebut,” katanya kepada Bernama.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan rakaman percakapan berkenaan.

Beliau memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Terdahulu, kedua-dua suspek dilaporkan telah dibebaskan daripada tahanan reman pada 5 petang semalam, selepas ditahan buat kali kedua pada Jumaat lepas bagi tujuan siasatan. – 9 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related