HEADLINES

CAP gesa pengembalian semula nikotin dalam Akta Racun

CAP juga ingin mengetahui pendirian semasa Kementerian Kesihatan berhubung keputusan mahkamah itu dan langkah lanjut yang akan diambil oleh kerajaan

10:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat yang memutuskan langkah kerajaan mengeluarkan nikotin cecair dalam vape dan rokok elektronik daripada senarai racun sebagai tidak rasional, adalah satu kemenangan besar kepada kesihatan awam.

Menurut Pegawai Pendidikan Kanan dan Aktivis Anti Merokok Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow ia juga bertujuan melindungi kanak-kanak dan golongan belia daripada ketagihan nikotin.

Justeru, katanya, CAP berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pengembalian semula nikotin ke dalam Akta Racun 1952 susulan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

“Kerajaan perlu memulihkan semula peruntukan yang telah dikeluarkan daripada Generasi Penamat (GEG) dalam rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok dan vape.

“Penemuan mahkamah bahawa keputusan itu tidak rasional dan dibuat tanpa perundingan yang sewajarnya dengan Lembaga Racun amat dikesali,” katanya, lapor Bernama.

Menurutnya, CAP juga ingin mengetahui pendirian semasa Kementerian Kesihatan berhubung keputusan mahkamah itu dan langkah lanjut yang akan diambil oleh kerajaan.

Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mencabar keputusan kerajaan pada 2023 untuk mengecualikan cecair dan gel vape daripada Senarai racun.

NGO berkenaan ialah Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Pertubuhan Green Lung Malaysia dan Voice of the Children.

Hakim Datuk Aliza Sulaiman berkata mahkamah berpuas hati bahawa pemohon berjaya membuktikan keputusan kerajaan untuk memberikan pengecualian itu, yang didorong terutamanya oleh faktor ekonomi sebelum Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] berkuat kuasa pada 1 Okt 2024, adalah tidak rasional.

Ketiga-tiga NGO memfailkan permohonan itu pada 30 Jun 2023 bagi mendapatkan deklarasi bahawa Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023, khususnya klausa bertarikh 31 Mac 2023 yang mengecualikan cecair dan gel vape daripada Senarai Racun, adalah suatu pelaksanaan kuasa yang tidak rasional.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa pengecualian itu diperkenal tanpa rundingan sewajarnya dan mencukupi dengan Lembaga Racun sekali gus menjadikan keputusan tersebut ultra vires Seksyen 6 Akta Racun 1952. – 16 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related